Owner's Manual
83
Pengendalian telefon yang
cekap
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin
mengalami gangguan, yang boleh
menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan telefon
mudah alih anda berhampiran
kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan
meletak telefon di atas perentak
jantung, contohnya, dalam poket
dada anda.
• Sesetengah alat bantuan
pendengaran mungkin diganggu
oleh telefon mudah alih.
• Gangguan yang sedikit boleh
menjejas TV, radio, PC, dsb.
Keselamatan di jalan raya
Periksa undang-undang dan
peraturan mengenai penggunaan
telefon mudah alih di kawasan
tempat anda memandu
• Jangan gunakan telefon pegang-
tangan semasa memandu.
• Beri perhatian penuh kepada
pemanduan anda.
• Gunakan kit bebas tangan, jika
tersedia.
• Keluar dari jalan raya dan letak
kereta sebelum membuat atau
menjawab panggilan jika keadaan
pemanduan memerlukan anda
berbuat demikian.
• Tenaga RF mungkin menjejaskan
sesetengah sistem elektronik
dalam kenderaan anda seperti
stereo kereta dan kelengkapan
keselamatan.