Owner's Manual

89
Sila baca garis panduan mudah ini.
Tidak mengikut garis panduan ini
mungkin merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga
frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada
gelombang radio dan Kadar
Penyerapan Tertentu (SAR) Telefon
mudah alih model GD900 ini telah
direka untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang berkuat kuasa
untuk pendedahan kepada
gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan
saintifik yang termasuk margin
keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan
semua orang tanpa mengira umur
dan kesihatan.
Had SAR yang disyorkan oleh
Suruhanjaya Antarabangsa
mengenai Perlindungan Sinaran
Bukan-Ion (ICNIRP) ialah 2W/kg
dipuratakan ke atas sepuluh 10
gram tisu.
Nilai SAR yang tertinggi untuk
telefon model ini yang diuji oleh
DASY4 untuk penggunaan pada
telinga ialah
1.47 W/kg (10g) dan
apabila di pakai pada badan ialah
0.802 W/Kg(10g).
Maklumat data SAR bagi
penduduk di negara/kawasan yang
telah mengambil had SAR yang
disyorkan oleh Institut Jurutera
Elektrik dan Elektronik (Institute
of Electrical and Electronics
Engineers) (IEEE), iaitu 1.6 W/kg
dipuratakan ke atas satu 1 gram
tisu.
Garis panduan untuk penggunaan selamat
dan cekap