Owner's Manual
129
Garis panduan
• Jangan kendalikan telefon anda
dengan tangan yang basah
apabila ia sedang dicas. Ia
mungkin menyebabkan kejutan
elektrik dan kerosakan yang serius
pada telefon anda.
• Jangan cas telefon bimbit
berdekatan bahan mudah bakar
kerana telefon bimbit tersebut
boleh menjadi panas dan
menyebabkan bahaya api.
• Gunakan hanya kain kering untuk
membersihkan bahagian luar unit
(jangan gunakan pelarut seperti
benzena, pencair atau alkohol).
• Jangan caj telefon semasa ia
berada di atas kain hiasan.
• Telefon haruslah dicas di kawasan
pengudaraan yang baik.
• Jangan dedahkan unit ini kepada
asap atau habuk yang berlebihan.
• Jangan simpan telefon di
sebelah kad kredit atau tiket
pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur
magnetik.
• Jangan ketik skrin dengan objek
yang tajam kerana ia boleh
merosakkan telefon.
• Jangan dedahkan telefon kepada
cecair atau kelembapan.
• Gunakan aksesori seperti fon
telinga dengan berhati-hati.
Jangan sentuh antena jika tidak
diperlukan.
Operasi telefon yang cekap
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih
mungkin mendapat gangguan,
yang boleh menjejaskan prestasi.
• Jangan gunakan telefon
mudah alih anda berhampiran
kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan
meletak telefon di atas perentak
jantung, contohnya, dalam poket
dada anda.










