Owner's Manual

131
Garis panduan
Elakkan kerosakan kepada
pendengaran anda
Kerosakan kepada pendengaran
anda boleh berlaku jika anda
terdedah kepada bunyi yang
kuat untuk tempoh yang lama.
Oleh itu kami menyarankan agar
anda tidak menghidupkan atau
mematikan telefon terlalu hampir
dengan telinga anda. Kami juga
menyarankan bahawa kelantangan
muzik dan panggilan ditetapkan
pada paras yang berpatutan.
Bahagian-bahagian Kaca
Sesetengah bahagian peranti
mudah alih anda diperbuat
daripada kaca. Kaca ini boleh
pecah jika peranti mudah alih anda
dijatuhkan pada permukaan keras
atau menerima hentaman kuat. Jika
kaca pecah, jangan sentuh atau
cuma mengalihkannya. Berhenti
menggunakan peranti mudah alih
anda sehingga kaca digantikan
oleh penyedia khidmat yang
dibenarkan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana
peletupan sedang dijalankan.
Ikut sekatan-sekatan, dan patuhi
sebarang undang-undang atau
peraturan.
Suasana berpotensi letupan
Jangan gunakan telefon anda di
tempat pengisian minyak.
Jangan gunakannya berhampiran
dengan bahan api atau bahan
kimia.
Jangan angkut atau simpan
gas mudah terbakar, cecair
atau bahan letupan dalam
petak kenderaan anda yang
mengandungi telefon mudah alih
dan aksesori anda.