Owner's Manual

132
LG KC910 | Panduan Pengguna
Garis panduan
Dalam kapal terbang
Peranti wayarles boleh
menyebabkan gangguan di dalam
pesawat.
Matikan telefon bimbit anda
sebelum menaiki sebarang
pesawat.
Jangan gunakannya apabila
mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang
selamat dan jauh daripada
kanak-kanak kecil. Ia termasuk
bahagian kecil yang boleh
menyebabkan bahaya tercekik jika
ia ditanggalkan.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin
tidak tersedia di bawah semua
rangkaian mudah alih. Oleh itu,
anda tidak bergantung pada mana-
mana telefon untuk panggilan
kecemasan Semak dengan
pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan
bateri
Anda tidak perlu menyahcas
bateri sepenuhnya sebelum
mengecasnya semula. Tidak
seperti sistem bateri lain, tiada
kesan memori yang boleh
menjejaskan prestasi bateri.
Gunakan hanya bateri dan
pengecas LG. Pengecas LG direka
bentuk untuk memaksimumkan
hayat bateri.
Jangan buka atau litar pintaskan
pek bateri.
Pastikan sentuhan logam pada
bateri sentiasa bersih.
Gantikan bateri apabila ia tidak
lagi memberi prestasi yang
boleh diterima. Pek bateri boleh
dicas semula beratus-ratus kali
sehingga ia perlu digantikan.
Garis panduan untuk penggunaan yang
selamat dan cekap