Owner's Manual
50
LG KC910 | Panduan Pengguna
Kamera
Menangkap foto pantas
PETUA! Kanta kamera
mempunyai penutupnya sendiri.
Putar bagi membuka penutup
untuk menggunakan kamera
dan buka pencari pandangan
dengan pantas.
1 Tekan kekunci pada sebelah
kanan telefon.
2 Anda akan digesa untuk
membuka penutup kanta.
Pencari pandangan akan muncul
pada skrin.
3 Dengan memegang telefon
secara mendatar, tujukan lensa
kepada subjek gambar.
4 Tekan sedikit butang tangkap,
kotak fokus akan muncul di
bahagian tengah skrin pencari
pandangan.
5 Letakkan telefon supaya anda
boleh melihat subjek foto anda
dalam peti fokus.
6 Apabila peti fokus bertukar
menjadi hijau, kamera telah
memfokus pada subjek anda.
7 Tekan butang tangkap
sepenuhnya.
PETUA! Tangkapan Sentuh
Anda juga boleh mengambil
foto dengan menyentuh skrin.
Selepas memilih objek dengan
sentuhan, anda boleh lihat
subjek dalam kotak fokus.
Apabila kotak fokus menjadi
warna hijau, anda boleh
mengambil gambar hanya
dengan menggerakkan jarinya
daripada skrin.
PETUA! Pengesanan
Muka
Mengesan dan memfokuskan
pada muka manusia secara
automatik bagi membantu anda
mengambil gambar dengan
jelas.
Jadi kreatif










