Owner's Manual

53
01
02
03
04
05
06
07
08
Jadi kreatif
Menggunakan denyar
Denyar ditetapkan kepada auto
secara lalai, tetapi ada pilihan lain.
1 Pilih daripada sisi kanan
pencari pandangan untuk
memasuki sub-menu denyar.
2 Terdapat tiga pilihan denyar:
Auto - Kamera anda akan menilai
pencahayaan yang diperlukan
untuk mengambil gambar yang
baik dan menggunakan denyar
sebagaimana diperlukan.
Pengurangan mata merah
- Kamera akan berkelip dua kali
untuk mengurangkan mata
merah.
Sentiasa mati - Kamera tidak
akan memancar. Ini berguna jika
anda hendak menjimat kuasa
bateri.
3 Apabila anda menyentuh pilihan
yang anda mahu gunakan, menu
denyar akan ditutup secara
automatik, bersedia untuk anda
mengambil gambar anda.
4 Ikon status denyar dalam pencari
pandangan akan bertukar
mengikut mod denyar baru
anda.
Memilih mod tangkapan
1 Sentuh untuk membuka
mod tangkapan yang tersedia.
2 Pilih daripada tujuh pilihan:
Tangkapan normal -Ini adalah
jenis tangkapan lalai, foto akan
diambil dalam cara normal,
seperti yang digariskan dalam
mengambil foto segera.
Tangkapan senyuman -
Tangkapan jenis ini adalah bagus
untuk mengambil foto orang.
Fokus pada subjek dan tekan
kemudian foto akan diambil
secara automatik apabila mereka
senyum.
Tangkapan cantik - Ini
membolehkan anda mengambil
foto muka individu dengan
jelas dan cerah. Sangat berguna
semasa anda dalam jarak dekat.