Owner's Manual
57
01
02
03
04
05
06
07
08
Jadi kreatif
Kualiti - Pilih antara Sangat halus,
Halus dan Normal. Lebih halus
kualitinya, lebih tajam foto itu
tetapi saiz fail akan meningkat dan
ini bermakna hanya sedikit foto
yang boleh anda simpan di dalam
memori telefon anda.
Pampasan lampu latar - apabila
anda mengambil foto dalam
latar belakang yang cerah,
subjek mungkin kelihatan gelap.
HIDUPKAN fungsi ini untuk
memampasnya. Subjek foto akan
menjadi lebih cerah.
Kamera Dalaman/Luaran - Bagi
potret sendiri,tukarkan kepada
kamera dalaman LG KC910.
Lihat Menggunakan kamera
dalaman pada halaman 59 untuk
mendapatkan butiran.
Tetapan lain
Memori - Pilih sama ada untuk
menyimpan foto anda pada
memori Telefon bimbit atau pada
memori Luaran.
Geo-Tagging - Pilih untuk
menghidupkan maklumat EXIF
bagi foto untuk menulis maklumat
GPS.
Zum - Pilih zum daripada 4X, 8X
atau 16X.
Penstabilan imej - Membolehkan
anda mengambil foto tanpa
ketidakstabilan atau gegaran
kamera.
Fokus - Pilih cara kamera untuk
memfokuskan. Pilih daripada Auto,
Manual atau Pengesanan muka.
Bunyi pengatup - Pilih satu
daripada tiga bunyi pengatup.
Skrin grid - Pilih daripada Mati,
Silang mudah atau Pembahagian
tiga sama
Tetap semula tetapan - Tetap
semula semua tetapan kamera.










