Owner's Manual
58
LG KC910 | Panduan Pengguna
Jadi kreatif
PETUA! Apabila anda keluar
dari kamera, semua tetapan
anda akan kembali ke lalai,
kecuali saiz imej dan kualiti imej.
Apa-apa tetapan bukan lalai
yang anda perlukan mesti diset
semula, contohnya ton warna
dan ISO. Periksanya sebelum
anda menangkap foto anda
yang seterusnya.
PETUA! Menu tetapan
akan menindan pencari
pandangan, jadi apabila anda
menukar elemen warna imej
atau kualiti anda akan dapat
melihat pratonton pertukaran
imej di belakang menu tetapan.
Menukar saiz imej
Lebih banyak piksel, lebih besar
saiz fail, yang bermakna ia
mengambil banyak ruang memori.
Jika anda hendak memuatkan lebih
banyak gambar pada telefon anda,
anda boleh mengubah nombor
piksel untuk mengecilkan saiz fail.
1 Daripada pencari pandangan
sentuh dalam sudut kiri
bahagian atas.
2 Pilih Saiz daripada menu
Pratonton.
3 Pilih nilai piksel daripada enam
pilihan berangka (8M: 3264
X 2448, 5M: 2592x1944, 3M:
2048x1536, 2M: 1600x1200,
1M: 1280x960, 640x480,
320x240) atau pilih pratetap:
Kenalan - Ini menetapkan
kamera untuk mengambil foto
dengan saiz yang tepat untuk
dimasukkan dalam kenalan
telefon.
Kamera










