Owner's Manual

64
LG KC910 | Panduan Pengguna
Jadi kreatif
Kamera Video
Melaraskan pendedahan
Pendedahan menjelaskan
perbezaan antara cerah dan gelap
dalam imej. Imej berkontras rendah
akan kelihatan kabur, manakala
imej berkontras tinggi akan
kelihatan lebih jelas.
1 Sentuh .
2 Gelangsarkan penunjuk
pendedahan di sepanjang bar,
ke arah bagi pendedahan
yang lebih rendah, imej
berkabus atau ke arah bagi
pendedahan yang lebih tinggi,
imej yang lebih tajam.
Menggunakan tetapan
lanjutan
Daripada pencari pandangan
sentuh Tetapan untuk membuka
semua pilihan tetapan lanjutan.
Tetapan pratonton
Saiz video - Tukar saiz video untuk
menjimatkan ruang memori. Lihat
Menukar saiz imej video pada
halaman 65.
Mod adegan - Pilih daripada Auto
atau Malam.
Kesan Warna - Pilih ton warna
untuk digunakan pada foto yang
anda ambi. Lihat Memilih ton
warna pada halaman 66.
Imbangan putih - Imbangan
putih memastikan bahawa
mana-mana warna putih dalam
video anda adalah realistik.
Untuk membolehkan kamera
menyesuaikan imbangan putih
dengan betul, anda mungkin perlu
menentukan keadaan cahaya.
Pilih dari Auto, Pijar, Cerah,
Pendarfluor atau Mendung.
Kualiti - Pilih antara Sangat
halus, Halus dan Normal. Lebih
halus kualiti, lebih tajam video
tersebut. Saiz fail akan bertambah,
yang bermakna anda hanya boleh
menyimpan sedikit video dalam
memori telefon.