Owner's Manual
95
01
02
03
04
05
06
07
08
Jadi kreatif
Menggunakan radio
LG KC910 anda mempunyai
ciri radio FM supaya anda boleh
menala stesen kegemaran untuk
didengari semasa mengembara.
NOTA: Anda perlu memasukkan
fon kepala anda untuk mendengar
radio. Masukkannya ke dalam soket
fon kepala (ia adalah soket sama
yang anda masukkan pengecas
anda).
Mencari stesen
Anda boleh menala stesen radio
ke dalam telefon anda dengan
mencari stesen tersebut secara
manual atau automatik. Stesen
itu akan disimpan pada nombor
saluran tertentu supaya anda tidak
perlu menalanya semula. Anda
boleh menyimpan sehingga 50
saluran dalam telefon anda.
Untuk menala secara automatik:
1 Sentuh kemudian Hiburan.
2 Sentuh Radio FM kemudian .
3 Sentuh Imbas Auto kemudian
Ya. Stesen yang ditemui akan
ditempatkan secara automatik
kepada nombor saluran dalam
telefon anda.
NOTA: Anda juga boleh menala
ke dalam stesen secara manual
dengan menggunakan dan
akan dipaparkan di sebelah
frekuensi radio.
Menetapkan kembali saluran
1 Sentuh kemudian Hiburan.
2 Sentuh Radio FM kemudian .
3 Pilih Tetapkan semula untuk
menetapkan semula saluran
semasa atau pilih Tetapkan
semula semua untuk
menetapkan semua saluran.
Setiap saluran akan kembali ke
frekuensi permulaan 87.5Mhz .










