Owner's Manual

7
Garis panduan untuk penggunaan yang selamat dan cekap
Gunakan aksesori seperti fon telinga
dengan berhati-hati. Jangan sentuh
antena jika tidak perlu.
Operasi telefon yang cekap
Peranti elektronik
Semua telefon wayarles boleh mendapat
gangguan, yang boleh menjejas
prestasinya.
Jangan gunakan telefon bimbit anda
berdekatan dengan kelengkapan
perubatan tanpa meminta izin. Elakkan
dari meletakkan telefon di atas perentak
jantung, contohnya, dalam poket dada
anda.
Sesetengah alat bantuan pendengaran
boleh mendapat gangguan daripada
telefon bimbit.
Gangguan yang sedikit boleh menjejas
TV, radio, PC, dan sebagainya.
Keselamatan di jalan raya
Periksa undang-undang dan peraturan
mengenai penggunaan telefon bimbit di
kawasan-kawasan tempat anda memandu.
Jangan gunakan telefon semasa
memandu.
Berikan sepenuh perhatian kepada
kegiatan pemanduan.
Gunakan kit bebas tangan, jika ada.
Keluar dari jalan raya dan letakkan
kereta sebelum membuat dan menjawab
panggilan jika keadaan memandu
memerlukan.
Tenaga RF mungkin menjejaskan
sesetengah sistem elektronik dalam
kenderaan anda seperti stereo kereta
dan kelengkapan keselamatan.
Apabila kenderaan anda dilengkapi
dengan beg udara, jangan letakkan
barang-barang termasuk sama ada
kelengkapan wayarles yang dipasang
atau yang mudah alih. Ia boleh
menyebabkan beg udara gagal berfungsi
dengan betul. dan kecederaan yang
serius