Owner's Manual
7
Untuk keselamatan anda
Amaran!
• Telefon Mudah alih mesti dimatikan
pada sepanjang masa di dalam
kapal terbang.
• Jangan pegang telefon semasa
memandu.
• Jangan gunakan telefon
berhampiran dengan stesen petrol,
depot bahan bakar, loji kimia atau
operasi letupan.
• Demi keselamatan anda, gunakan
HANYA bateri dan pengecas ASAL.
• Jangan kendalikan telefon anda
dengan tangan yang basah
apabila ia sedang dicas. Ia mungkin
menyebabkan kejutan elektrik atau
kerosakan serius kepada telefon
anda.
• Simpan telefon di tempat yang
selamat jauh dari capaian kanak-
kanak kecil. Ia termasuk bahagian
kecil yang boleh menyebabkan
bahaya tercekik jika ia ditanggalkan.
• Jangan mengecas telefon bimbit
berhampiran dengan bahan mudah
bakar kerana telefon bimbit boleh
menjadi panas dan membarakan
bahan tersebut, dan seterusnya
menyebabkan kebakaran rumah.
Awas!
• Matikan telefon dalam sebarang
kawasan yang mana anda
memerlukan peraturan khas.
Contohnya, jangan gunakan
telefon dalam hospital kerana ia
menjejaskan peralatan perubatan
sensitif.
• Panggilan kecemasan mungkin tidak
tersedia di bawah semua rangkaian
mudah alih. Oleh itu, anda tidak
sepatutnya bergantung pada telefon
mudah alih anda untuk panggilan
kecemasan.
• Hanya gunakan aksesori ASAL untuk
mengelakkan kerosakan kepada
telefon anda.
• Semua penghantar radio membawa
risiko gangguan dengan elektronik
yang berdekatan. Gangguan yang
sedikit boleh menjejas TV, radio, PC,
dan sebagainya.
• Bateri perlu dilupuskan mengikut
undang-undang relevan.
• Jangan buka telefon atau bateri.
• Risiko meletup jika bateri diganti
dengan jenis yang salah.
Untuk keselamatan anda