Owner's Manual

8
Garis panduan untuk penggunaan
yang selamat dan cekap
Sila baca garis panduan yang mudah
ini. Tidak mengikut garis panduan
ini mungkin merbahaya atau tidak
sah. Maklumat terperinci lanjut diberi
dalam manual ini.
Pendedahan kepada
tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan gelombang
radio dan Kadar penyerapan
Khusus (SAR)
Telefon mudah alih model KP260
ini telah direka untuk mematuhi
keperluan keselamatan yang
dikuatkuasakan bagi pendedahan
terhadap gelombang radio. Keperluan
ini adalah berdasarkan garis
panduan saintifik yang termasuk
margin keselamatan yang bertujuan
memastikan keselamatan bagi semua
orang, tidak kira umur atau tahap
kesihatan.
] Garis panduan bagi pendedahan
kepada gelombang radio
menggunakan unit ukuran yang
disebut sebagai Kadar Penyerapan
Khusus, atau SAR. Ujian bagi
SAR dijalankan menggunakan
kaedah yang dipiawaikan dengan
pemindahan telefon pada aras kuasa
yang diperakui dalam semua jalur
frekuensi yang digunakan.
] Walaupun terdapat perbezaan
antara tahap SAR pelbagai model
telefon LG, ia semua direka bentuk
untuk memenuhi garis panduan
relevan bagi pendedahan kepada
gelombang radio.
] Had SAR yang disyorkan oleh
Suruhanjaya mengenai Perlindungan
Sinaran Bukan-Ion (Commission on
Non-Ionizing Radiation Protection)
(ICNIRP) antarabangsa, iaitu 2W/kg
dipuratakan ke atas sepuluh (10)
gram tisu.
] Nilai SAR yang tertinggi untuk
telefon model ini yang diuji oleh
DASY4 untuk penggunaan pada
telinga ialah 0.524 W/kg (10g) dan
apabila dipakai pada badan ialah
0.269 W/kg (10g).
Garis panduan untuk penggunaan yang selamat dan cekap