Owner's Manual

12
Suasana berpotensi
letupan
] Jangan gunakan telefon di tempat
pengisian minyak. Jangan gunakan
berhampiran bahan bakar atau
bahan kimia.
] Jangan angkut atau simpan gas,
cecair atau bahan letupan mudah
terbakar di dalam petak simpanan
kenderaan anda, yang mengandungi
telefon bimbit anda dan aksesori-
aksesorinya.
Dalam kapal terbang
Peranti wayarles boleh menyebabkan
gangguan di dalam pesawat.
] Matikan telefon bimbit anda
sebelum menaiki sebarang pesawat.
] Jangan gunakan ia di lapangan
terbang tanpa izin daripada
kakitangan.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang
selamat jauh dari capaian kanak-
kanak kecil. Ia termasuk bahagian
kecil yang boleh menyebabkan
bahaya tercekik jika ia ditanggalkan.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak
tersedia di bawah semua rangkaian
mudah alih. Oleh itu, anda tidak
sepatutnya bergantung pada telefon
mudah alih anda untuk panggilan
kecemasan. Semak dengan pembekal
khidmat tempatan anda.
Maklumat dan
penjagaan bateri
] Anda tidak perlu menyahcaskan
bateri anda sepenuhnya sebelum
mengecas semula. Tidak seperti
sistem bateri lain, tiada kesan
memori yang boleh menjejaskan
prestasi bateri.
Garis panduan untuk penggunaan yang selamat dan cekap
Garis panduan untuk penggunaan yang
selamat dan cekap