Owner's Manual

51
Pelayar
01
02
03
04
05
06
07
08
09
Pelayar
Pelayar memberikan anda berita, sukan,
cuaca dan laporan trafi k terkini serta
lebih banyak lagi. Anda juga boleh
menggunakannya untuk memuat turun
nada dering, muzik, kertas hias dinding dan
permainan terbaru.
Mengakses web
1 Daripada menu utama, pilih .
2 Untuk mengakses laman utama pelayar
secara langsung, pilih Rumah untuk
mengakses laman utama internet, atau
Masukkan alamat untuk menaip URL
laman web yang anda mahu lawati.
Nota: Kos tambahan dikenakan apabila
menyambung pada perkhidmatan ini dan
memuat turun kandungan. Semak caj data
dengan pembekal rangkaian anda.
Menambah dan mengakses
penanda buku
Bagi akses yang cepat dan mudah kepada
laman web kegemaran anda, anda boleh
menambah penanda buku dan simpan
halaman web itu.
1 Semasa melihat halaman yang anda ingin
menanda buku, pilih Pilihan, kemudian
Penanda buku.
2 Pilih Tambah kepada penanda buku.
3 Sahkan tajuk dan tekan Selesai.
4 Pilih folder untuk menyimpan penanda
buku di dalamnya.
TIP! Selepas membuka halaman dalam pelayar,
anda boleh simpan halamans semasa dengan
memilih Simpan halaman.