Owner's Manual

Table Of Contents
23
Mengunci dan menyahkunci skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon untuk seketika, skrin akan terpadam dan terkunci secara automatik. Ini
membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa sengaja dan menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan telefon, tekan kekunci Kuasa/Kunci
untuk mengunci telefon anda.
Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin anda, ia mungkin masih terus berjalan
dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada semua program sebelum memasuki mod Kunci untuk
mengelakkan bayaran yang tak perlu (seperti panggilan telefon, akses web dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan kekunci Kuasa/Kunci
. Skrin kunci akan muncul. Sentuh dan
luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah untuk membuka kunci skrin Utama anda. Skrin terakhir yang anda
lihat akan terbuka.