Owner's Manual

Table Of Contents
38
Panggilan
Membuat panggilan
1 Ketik untuk membuka pad kekunci.
2 Masukkan nombor menggunakan pad kekunci. Untuk memadam satu digit, ketik
.
3 Ketik
untuk membuat panggilan.
4 Untuk menamatkan panggilan, ketik ikon Tamat
.
PETUA! Untuk memasukkan “+” ketika membuat panggilan antarabangsa, sentuh dan
tahan
.
Membuat panggilan kepada kenalan anda
1 Ketik untuk membuka kenalan anda.
2 Tatal melalui senarai kenalan atau masukkan huruf pertama kenalan yang anda ingin panggil dengan
mengetik Cari kenalan.
3 Dalam senarai, ketik yang ingin anda hubungi.
Menjawab dan Menolak Panggilan
Apabila anda menerima panggilan dalam keadaan Kunci, sapu dalam mana-mana arah untuk Jawab
panggilan masuk.
Sapu
dalam mana-mana arah untuk Tolak panggilan masuk.
Seret ikon Tidak menerima dengan mesej ke mana-mana arah jika anda mahu menghantar mesej.
PETUA! Tidak menerima dengan mesej
Anda boleh menghantar mesej dengan cepat menggunakan fungsi ini. Ini berguna jika
anda perlu menolak panggilan dengan mesej semasa mesyuarat.
Melaraskan volum panggilan masuk
Untuk melaraskan volum dalam panggilan, gunakan kekunci Volum naik dan turun pada sisi kiri telefon.