Owner's Manual

Table Of Contents
5
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di dalam peranti anda akan mengumpulkan log
kesilapan.
Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus kepada kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell ID position
(kedudukan ID sel) dalam kegagalan panggilan dan aplikasi yang dimuatkan secara tiba-tiba. Log hanya
digunakan untuk membantu menentukan punca bagi kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses oleh
Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda perlu mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon bimbit model LG-D620k ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang dikenakan
bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang
termasuk margin keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira
umur dan kesihatan.
t Garis panduan pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar
Penyerapan Khusus (SAR). Ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
t Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG, semuanya direka bentuk untuk
memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
t Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan Pengion Antarabangsa
(International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) ialah 2 W/kg dipuratakan ke atas
10g tisu.
t Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaan telinga ialah 0.336 W/kg (10g)
dan apabila dipakai pada badan ialah 0.332 W/kg (10g).
t Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama ada dalam kedudukan
penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan.
Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada
badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada jarak sekurang-kurangnya
1.5 cm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan
berkualiti pada rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan
sehingga sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan
selesai.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien