Owner's Manual

15
Dail cepat – Untukkan kenalan pada sebarang
kekunci antara 3 dan 8. Dailan cepat 2 ditetapkan
kepada Bajet SIM dan 9 ditetapkan kepada mod
SOS, jadi anda tidak boleh menukar kekunci
tersebut.
SIM budget (Bajet SIM) - Anda boleh
menetapkan Speed SIM budget melalui Startup
Wizard (Bestari Pemulaan) dan menu Dail cepat.
Ia adalah cara mudah untuk menyemak bajet
SIM dengan menekan dan menahan kekunci 2
dalam Skrin Melahu.
Salin semua – Anda boleh menyalin semua entri
dari memori kad SIM ke Memori telefon atau dari
Memori telefon ke Memori kad SIM.
Padam semua – Anda boleh memadamkan
semua entri daripada memori kad SIM atau
memori Telefon.
Status memori – Anda boleh memeriksa status
memori pada SIM dan telefon anda.
Maklumat
Nombor dail perkhidmatan – Akses senarai
nombor yang diuntukkan oleh pembekal
khidmat anda dengan selamat.
Nombor sendiri – Anda boleh menyimpan dan
menyemak nombor anda sendiri pada kad SIM.
Kad niaga – Anda boleh menyimpan dan
menyemak kad niaga anda yang mengandungi
maklumat nama, nombor telefon mudah alih,
rumah, pejabat dan e-mel, dan menghantarnya
dalam mesej.