Owner's Manual

23
Bahasa – Anda boleh menukar bahasa bagi teks
paparan pada telefon anda. Pertukaran ini akan
juga memberi kesan pada mod Input Bahasa.
Paparan – Anda boleh melaraskan tetapan bagi
paparan telefon.
Panggil – Anda boleh menetapkan menu
bergantung pada panggilan.
Kunci kekunci auto – Kunci pad kekunci secara
automatik dalam skrin siap sedia.
Keselamatan – Menu ini membenarkan anda
untuk menetapkan telefon dengan selamat.
Permintaan kod PIN – Dayakan/Nyahdayakan
permintaan kod PIN SIM semasa telefon anda
dihidupkan.
Kunci telefon – Kunci telefon anda dengan
kod keselamatan Apabila kuasa hdp, Apabila
menukar SIM, atau Segera. (Kod ATMT lalai
ialah “0000”.)
Sekatan panggilan – Pilih kata laluan sekatan
bagi panggilan keluar, panggilan keluar
antarabangsa, panggilan keluar antarabangsa
kecuali ke negara sendiri, semua panggilan
masuk atau panggilan masuk semasa di luar
negara.
Nombor dail tetap– Memilih kod PIN2 untuk
mendayakan nombor dail tetap membolehkan
anda menyekat panggilan hanya terhadap
nombor dalam senarai Nombor dail tetap.