Owner's Manual

26
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak
mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya
atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga
frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio
dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Model telefon mudah alih ini, LG-A270 telah direka
bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan
yang dikenakan terhadap pendedahan
kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintik yang
termasuk margin keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan semua orang
tanpa mengira umur dan kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada
gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan
Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan
telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui
yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR
pelbagai model telefon LG, semuanya direka
bentuk untuk memenuhi garis panduan yang
berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang
radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya
Antarabangsa mengenai Perlindungan Sinaran
Bukan Pengion (International Commission on
Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) ialah
2 W/kg dipuratakan ke atas 10 g tisu.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan esien