Owner's Manual

28
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan esien
Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa
ia kepada juruteknik servis yang layak jika kerja
pembaikan diperlukan.
Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi
bicara LG, mungkin termasuk penggantian
bahagian atau papan yang sama ada baru
atau yang diperbaiki, asalkan kefungsiannya
sebanding dengan bahagian yang diganti.
Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio,
dan komputer peribadi.
Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber
haba seperti radiator atau dapur.
Jangan jatuhkan telefon.
Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran
mekanikal atau kejutan.
Matikan telefon di tempat larangan telefon
mudah alih. Contohnya, jangan gunakan telefon
di hospital kerana ia mungkin mengganggu
peralatan hospital yang sensitif.
Jangan kendalikan telefon dengan tangan yang
basah semasa telefon sedang dicas. Ia boleh
menyebabkan terjadinya renjatan elektrik dan
telefon anda mungkin akan rosak teruk.
Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan
yang mudah terbakar kerana telefon bimbit akan
menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya
kebakaran.
Gunakan kain yang kering untuk membersihkan
bahagian luar unit ini (jangan gunakan pelarut
seperti benzena, pencair atau alkohol).