Owner's Manual

29
Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
Telefon hendaklah dicas di kawasan
berpengudaraan baik.
Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau
habuk yang berlebihan.
Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit
atau tiket pengangkutan; ia boleh menjejaskan
maklumat pada jalur magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam
kerana ia boleh merosakkan telefon.
Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau
kelembapan.
Gunakan aksesori seperti fon telinga dengan
berhati-hati. Jangan sentuh antena jika tidak
diperlukan.
Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk
mengeluarkan atau membaiki kaca yang
pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada
paparan kaca disebabkan pensia-siaan dan
penyalahgunaan tidak diliputi oleh waranti ini.
Telefon anda adalah peranti elektronik yang
menjana haba pada penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh
yang berpanjangan dalam keadaan pengudaraan
tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan
ketidakselesaan atau melecur sedikit. Oleh
itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila
mengendalikan telefon anda atau betul-betul
selepas menggunakannya.