Owner's Manual

33
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh
daripada kanak-kanak kecil. Ia termasuk bahagian
kecil yang boleh menyebabkan bahaya tercekik
jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di
bawah semua rangkaian mudah alih. Oleh itu,
anda hendaklah tidak bergantung semata-mata
pada telefon ini untuk panggilan kecemasan.
Semak dengan pembekal khidmat tempatan
anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya
sebelum mengecasnya semula. Tidak seperti
sistem bateri yang lain, tiada kesan memori yang
boleh menjejaskan prestasi bateri.
Gunakan hanya bateri dan pengecas
LG. Pengecas LG direka bentuk untuk
memaksimumkan hayat bateri.
Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan
pek bateri.
Pastikan sesentuh logam pada pek bateri
sentiasa bersih.