Owner's Manual

34
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan esien
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi
prestasi yang boleh diterima. Pek bateri boleh
dicas semula beratus-ratus kali sebelum ia perlu
diganti.
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan
buat tempoh masa yang lama untuk
memaksimumkan kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada
cahaya matahari langsung atau gunakannya
pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau
sejuk, ini mungkin akan menjejaskan prestasi
bateri.
Terdapat risiko letupan jika bateri diganti dengan
jenis yang salah.
Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut
arahan pengilang. Sila kitar semula yang mana
mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah
rumah yang biasa.
Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke
pusat servis LG Electronics atau wakil penjual
yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.
Tanggalkan pengecas dari soket dinding selepas
telefon dicas sepenuhnya untuk menjimatkan
kuasa pengecas daripada penggunaan yang
tidak perlu.
Hayat sebenar bateri bergantung kepada
kongurasi rangkaian, tetapan produk,
corak penggunaan, dan keadaan bateri dan
persekitaran.