Owner's Manual

28
Mengenali telefon anda
Mengunci dan menyahkunci skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon untuk seketika, skrin akan terpadam dan terkunci
secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa sengaja
dan menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan telefon, tekan kekunci Kuasa/Kunci untuk
mengunci telefon anda.
Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin anda, ia
mungkin masih terus berjalan dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada
semua program sebelum memasuki mod Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak
perlu (seperti panggilan telefon, akses web dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan kekunci Kuasa/Kunci . Skrin kunci akan
muncul. Sentuh dan luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah untuk membuka kunci
skrin Utama anda. Skrin terakhir yang anda lihat akan terbuka.
Knock Code
Ciri Knock Code membolehkan anda mengetik skrin dengan corak Knock Code anda
sendiri menggunakan skrin yang dibahagikan kepada 4 petak menghidupkan atau
mematikan skrin dengan mudah. Anda boleh melumpuhkan ciri ini dalam tetapan Skrin
kunci.
NOTA:
• Jika anda memasukkan Knock Code yang salah sebanyak 6 kali, anda akan
dibawa ke log masuk akaun Google/PIN sandaran anda.
• Gunakan hujung jari dan bukan kuku jari untuk ketik skrin bagi
menghidupkan atau mematikannya.
• Apabila Knock Code tidak digunakan, anda boleh menggunakan fungsi
Pasangkan Skrin dengan mengetik skrin.
1 Daripada skrin Utama, ketik Kekunci Apl > Tetapan > tab Paparan.
2 Ketik Skrin kunci > Pilih skrin kunci > Knock Code.
3 Ketik petak dalam corak untuk menetapkan knock code anda.