Owner's Manual

35
2 Ketik semula ikon aplikasi dan pilih reka bentuk dan saiz ikon yang diinginkan.
3 Ketik OK untuk menyimpan perubahan.
Kembali ke aplikasi yang digunakan baru-baru ini
1 Ketik . Senarai aplikasi yang baru digunakan akan dipaparkan.
2 Ketik ikon untuk membuka aplikasinya. Atau ketik untuk kembali ke skrin
sebelumnya.
Panel pemberitahuan
Pemberitahuan memaklumkan anda tentang ketibaan mesej baru, acara kalendar, dan
penggera serta peristiwa yang sedang berlaku, seperti semasa anda sedang menjawab
panggilan.
Apabila pemberitahuan tiba, ikonnya akan muncul pada bahagian atas skrin. Ikon bagi
pemberitahuan yang belum dibuka muncul di sebelah kiri dan ikon sistem seperti Wi-Fi
atau kekuatan bateri ditunjukkan di sebelah kanan.
NOTA: Pilihan yang tersedia mungkin berbeza bergantung kepada kawasan
atau pembekal perkhidmatan.
Pemberitahuan yang
belum dibuka
Pemberitahuan
sistem