Owner's Manual

9
Elakkan kerosakkan ke pendengaran anda
Untuk mencegah kerosakan pendengaran, jangan mendengar pada
tahap volum yang tinggi untuk tempoh yang panjang.
Kerosakan kepada pendengaran anda boleh berlaku jika anda terdedah kepada bunyi
yang kuat untuk tempoh yang lama. Kami dengan ini mengesyorkan agar anda tidak
menghidupkan atau mematikan telefon mudah alih berhampiran dengan telinga anda.
Kami juga mengesyorkan bahawa volum muzik dan panggilan ditetapkan pada paras
yang berpatutan.
• Apabila menggunakan fon kepala, kurangkan volum jika anda tidak dapat mendengar
orang yang bercakap berdekatan dengan anda atau jika orang yang duduk di sebelah
anda dapat mendengar apa yang sedang anda dengar.
NOTA: Tekanan bunyi yang melampau dari fon telinga dan fon kepala boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran.
Bahagian Kaca
Beberapa bahagian peranti mudah alih anda dibuat daripada kaca. Kaca ini akan
retak atau pecah jika telefon anda terjatuh ke atas permukaan yang keras atau
menerima impak yang kuat. Jika kacanya pecah, jangan sentuh atau cuba untuk
menanggalkannya. Berhenti menggunakan peranti mudah alih anda sehingga kaca
diganti oleh pembekal khidmat yang diluluskan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana peletupan sedang dijalankan. Patuhi sekatan dan ikut
sebarang aturan dan peraturan.