Owner's Manual

27
NOTA:
• Gunakan kad memori yang serasi dengan telefon anda. Menggunakan kad
memori yang tidak serasi mungkin merosakkan kad dan data yang disimpan
pada kad serta telefon.
• Untuk mengelakkan kerosakan pada kad memori atau data yang disimpan
pada kad, kad memori harus dinyahlekapkan sebelum dikeluarkan dari
telefon.
Untuk memformat kad memori:
Kad memori mungkin telah diformatkan. Jika tidak, anda mesti memformatkannya
sebelum anda boleh menggunakannya.
NOTA: Semua fail pada kad memori anda akan dipadam apabila kad
diformatkan.
1 Sentuh untuk buka senarai aplikasi.
2 Tatal dan sentuh Tetapan > tab Umum > Storan.
3 Sentuh Menyahlekap kad SD.
4 Sentuh Padam kad SD > Padam kad SD > Memadam semua.
5 Jika anda telah menetapkan kunci corak, masukkan kunci corak kemudian pilih
Padam semuanya.
NOTA: Jika terdapat kandungan dalam kad memori anda, struktur foldernya
mungkin berbeza selepas diformatkan memandangkan semua fail telah
dipadamkan.