Owner's Manual

29
3 Ketik petak dalam corak untuk menetapkan knock code anda.
Corak knock code anda boleh 3 hingga 8 ketikan. Ketik Selesai apabila anda selesai.
Membuka kunci skrin menggunakan Knock Code
Anda boleh membuka kunci skrin dengan mengetik corak Knock Code yang telah anda
tetapkan.
1 Apabila skrin dimatikan, tekan kekunci Kuasa.
2 Ketik corak Knock Code yang anda tetapkan sebelum ini.
Pasangkan skrin
Anda boleh mengunci atau membuka kunci skrin dengan hanya dwiketik.
Dwiketik skrin tengah dengan segera untuk membuka kunci skrin. Untuk mengunci
skrin, dwiketik bar status dalam mana-mana skrin (kecuali pada pencari pandangan
kamera) atau kawasan kosong pada skrin Utama.
NOTA: Apabila menghidupkan skrin, pastikan anda tidak menghalang sensor
berdekatan. Berbuat demikian akan mematikan skrin dengan segera selepas
menghidupkannya untuk mengelakkan sensor dihidupkan secara tidak normal
dalam poket atau beg anda.