Owner's Manual
32
Skrin utama anda
NOTA: Kedudukan ikon pada bar status mungkin berbeza mengikut fungsi
atau perkhidmatan.
Papan kekunci atas skrin
Anda juga boleh memasukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin.
Papan kekunci atas skrin muncul secara automatik pada skrin apabila anda perlu
memasukkan teks. Untuk memaparkan papan kekunci secara manual, hanya sentuh
medan teks di mana anda hendak memasukkan teks.
Menggunakan pad kekunci & memasukkan teks
Ketik sekali untuk menjadikan huruf seterusnya yang anda taip dalam huruf besar.
Ketik dua kali untuk membuatkan semua huruf besar.
Ketik untuk beralih kepada papan kekunci angka dan simbol.
Anda boleh menyentuh dan menahan tab ini untuk melihat menu Tetapan.
Ketik untuk memasukkan ruang.
Ketik untuk membuat baris baru dalam medan mesej.
Ketik untuk memadam aksara yang sebelumnya.
Memasukkan huruf aksen
Apabila anda memilih bahasa Perancis atau Sepanyol sebagai bahasa entri teks, anda
boleh memasukkan aksara istimewa Perancis atau Sepanyol (seperti “á”).
Sebagai contoh, untuk memasukkan "á", sentuh dan tahan kekunci "a" sehingga
kekunci zum masuk menjadi semakin besar dan memaparkan aksara daripada pelbagai
bahasa. Lalu pilih aksara khas yang anda kehendaki.