Owner's Manual

38
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti
•
Anda juga boleh menyentuh menu Keselamatan untuk mengkonfigurasi rangkaian
dengan keselamatan Akses Dilindungi Wi-Fi 2 (WPA2) dengan kunci yang
diprakongsi (PSK).
•
Jika anda menyentuh pilihan keselamatan WPA2 PSK, medan kata laluan
akan ditambahkan kepada kotak dialog Tetapkan titik utama Wi-Fi. Jika anda
memasukkan kata laluan, anda akan perlu memasukkan kata laluan tersebut
apabila anda menyambung kepada hotspot telefon dengan komputer atau peranti
lain. Anda boleh set Buka pada menu Keselamatan untuk mengalih keluar ciri
keselamatan daripada rangkaian Wi-Fi anda.
5 Sentuh Simpan.
PERHATIAN! Jika anda menetapkan pilihan keselamatan sebagai Buka,
anda tidak dapat menghalang penggunaan perkhidmatan dalam talian yang
tidak sah oleh orang lain dan caj tambahan mungkin akan dikenakan. Untuk
mengelakkan penggunaan tidak sah, anda dinasihatkan agar mengekalkan
pilihan keselamatan ini sebagai aktif.
Sambungan PC dengan kabel USB
Ketahui cara menyambungkan peranti anda ke PC dengan kabel USB dalam mod
sambungan USB.
Memindahkan muzik, foto dan video menggunakan Penyegerakan media (MTP)
1 Sambungkan telefon anda ke PC menggunakan kabel USB.
2 Jika anda belum memasang Pemacu Platform Android LG pada PC anda, anda
akan diminta untuk menukar tetapan secara manual. Pilih Tetapan sistem. >
Sambungan PC > USB Jenis sambungan, kemudian pilih Penyegerakan media
(MTP).
3 Anda kini akan dapat melihat kandungan penyimpanan massa pada PC anda dan
memindahkan fail tersebut.