Owner's Manual
52
Kamera
Menangkap fotopantas
1 Buka aplikasi Kamera.
2 Dengan memegang telefon secara mendatar, halakan lensa ke arah subjek yang
hendak anda ambil gambarnya.
3 Kotak fokus akan muncul di tengah skrin pencari pandangan. Anda juga boleh
mengetik di mana-mana bahagian pada skrin untuk memfokus titik itu.
4 Apabila peti fokus bertukar menjadi hijau, kamera telah memfokus pada subjek
anda.
5 Sentuh untuk menangkap gambar.
Setelah anda mengambil gambar
Sentuh untuk melihat foto terakhir yang anda tangkap.
Sentuh untuk terus mengambil foto lain.
Sentuh untuk menghantar foto anda kepada orang lain atau berkongsinya
melalui perkhidmatan rangkaian sosial.
Tekan untuk memadamkan gambar.
PETUA! Jika anda mempunyai akaun SNS dan menetapkannya pada telefon
anda, anda boleh berkongsi foto anda dengan komuniti SNS anda.
NOTA: Caj tambahan mungkin akan dikenakan semasa mesej MMS dimuat
turun ketika dalam perayauan.
Sentuh kekunci Menu untuk membuka semua pilihan lanjutan.
Tetapkan imej sebagai – Sentuh untuk menggunakan foto sebagai foto kenalan,
Hias latar skrin utama atau Kertas hias dinding skrin kunci.
Pindah – Sentuh untuk memindahkan foto ke tempat lain.