Owner's Manual
67
Utiliti
Menetapkan penggera anda
1 Sentuh > tab Apl > Penggera/Jam > .
2 Selepas anda menetapkan penggera, telefon anda akan memberitahu anda baki
masa yang tinggal sebelum penggera berbunyi.
3 Tetapkan Ulang, Tempoh tunda, Getaran, Nada penggera, Volum penggera,
Pemula aplikasi Auto, Kunci teka-teki dan Memo. Sentuh Simpan.
NOTA: Untuk menukar tetapan penggera dalam skrin senarai penggera,
sentuh kekunci Menu lalu pilih Tetapan.
Menggunakan kalkulator anda
1 Sentuh > tab Apl > Kalkulator.
2 Sentuh kekunci nombor untuk memasukkan nombor.
3 Untuk pengiraan mudah, sentuh fungsi yang anda kehendaki (+, –, x, atau ÷), diikuti
dengan =.
4 Bagi pengiraan yang lebih rumit, sentuh , pilih Panel lanjutan, lalu pilih sin,
cos, tan, log dll.
5 Untuk menyemak sejarah, ketik ikon .
Menambah acara pada kalendar anda
1 Sentuh > tab Apl > Kalendar.
2 Pada skrin, anda akan boleh menemui jenis paparan Kalendar yang berbeza
(Hari,Ming., Bulan, Agenda).
3 Ketik pada tarikh yang hendak anda tambahkan acara lalu sentuh .
4 Sentuh Nama acara lalu masukkan nama acara tersebut.
5 Sentuh Lokasi dan masukkan lokasi. Semak tarikh dan masukkan masa mula dan
tamat acara.