Owner's Manual
Aplikasi Berguna 84
Menjawab panggilan
Untuk menjawab panggilan, seret pada skrin panggilan masuk.
• Apabila alat dengar stereo disambungkan, anda boleh membuat
panggilan dengan menggunakan butang panggilan/tamat pada alat
dengar.
• Untuk menamatkan panggilan tanpa mematikan skrin, ketik
Tetapan
Rangkaian Panggilan Biasa Jawab dan tamatkan
panggilan dan kemudian aktifkan Tamatkan panggilan dengan
Kekunci Kuasa.
Menolak panggilan
Untuk menolak panggilan masuk, seret melintangi skrin panggilan
masuk.
• Untuk menghantar mesej penolakan, seret pilihan mesej penolakan
merentasi skrin.
• Untuk menambah atau menyunting mesej penolakan, ketik
Tetapan
Rangkaian Panggilan Biasa Menyekat & Menolak
panggilan dengan mesej
Menolak dengan mesej.
• Apabila panggilan masuk, tekan Volum Naik (+), Volum Turun (-) atau
kekunci Kuasa/Kunci bagi meredamkan nada dering atau getaran, atau
untuk menunggukan panggilan.
Semakan panggilan masuk semasa
menggunakan aplikasi
Apabila panggilan masuk semasa menggunakan aplikasi, pemberitahuan
timbul boleh dipaparkan di bahagian atas skrin. Anda boleh menerima
panggilan, menolak panggilan, atau menghantar mesej dari skrin timbul.