Owner’s Manual

Table Of Contents
1
Mengenai panduan pengguna ini
Terima kasih kerana memilih produk LG ini. Sila baca panduan pengguna
ini dengan teliti sebelum menggunakan peranti buat pertama kali untuk
memastikan penggunaan yang selamat dan betul.
• Sentiasa guna aksesori LG yang tulen. Item yang dibekalkan direka
hanya untuk peranti ini dan mungkin tidak serasi dengan peranti lain.
• Peranti ini tidak sesuai untuk orang yang mengalami kecacatan
penglihatan kerana papan kekunci skrin sentuh.
• Perihalan adalah berdasarkan tetapan lalai peranti.
• Aplikasi lalai pada peranti tertakluk pada kemas kini dan sokongan
untuk aplikasi ini boleh ditarik balik tanpa notis terlebih dahulu.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai aplikasi
yang disediakan dengan peranti, sila hubungi Pusat Perkhidmatan
LG. Bagi aplikasi yang dipasang pengguna, sila hubungi penyedia
perkhidmatan berkaitan.
• Pengubahsuaian sistem pengendalian operasi peranti atau
pemasangan perisian daripada sumber tidak rasmi boleh merosakkan
peranti dan menyebabkan kerosakan data atau kehilangan data.
Tindakan sedemikian akan melanggar perjanjian lesen LG anda dan
membatalkan waranti anda.
• Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada peranti
anda bergantung pada kawasan, penyedia perkhidmatan, versi perisian
atau versi OS dan tertakluk pada perubahan tanpa notis terlebih
dahulu.
• Perisian, audio, hiasan latar, imej dan media lain yang dibekalkan
dengan peranti anda dilesenkan untuk penggunaan terhad. Sekiranya
anda mengekstrak dan menggunakan bahan-bahan ini untuk tujuan
komersial atau lain, anda boleh melanggar undang-undang hak cipta.
Sebagai seorang pengguna, anda bertanggungjawab sepenuhnya
untuk penggunaan media yang tidak sah.
BAHASA MELAYU