Owner's Manual
7
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
• Jangan gunakan telefon
mudah alih anda
berhampiran kelengkapan
perubatan tanpa meminta
kebenaran. Elakkan daripada
meletakkan telefon di atas
perentak jantung iaitu dalam
poket dada anda.
• Sesetengah alat bantuan
pendengaran mungkin
diganggu oleh telefon mudah
alih.
• Gangguan yang sedikit boleh
menjejas TV, radio, PC, dan
sebagainya.
Keselamatan jalan
Periksa undang-undang
dan peraturan mengenai
penggunaan telefon bimbit di
kawasan-kawasan tempat anda
memandu
• Jangan gunakan telefon
pegang tangan semasa
memandu.
• Beri perhatian penuh kepada
pemanduan anda.
• Gunakan kit bebas tangan,
jika tersedia.
• Keluar dari jalan raya
dan letak kereta sebelum
membuat atau menjawab
panggilan jika keadaan
pemanduan memerlukan
anda berbuat demikian.
• Tenaga RF mungkin
menjejaskan sesetengah
sistem elektronik dalam
kenderaan anda seperti
stereo kereta dan
kelengkapan keselamatan.
• Jika kenderaan anda
dlengkapi dengan beg udara,
jangan letakkan barang-
barang dengan kelengkapan
wayarles yang dipasangkan
atau mudah alih. Ia mungkin
tidak berfungsi atau
menyebabkan kecederaan
serius disebabkan prestasi
yang tidak betul.
LG-T325_SEA_Malay_1.0_1103.indd 7 2010.11.3 11:59:20 AM