Owner's Manual

5
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-E975 ini telah direka bentuk untuk mematuhi keperluan
keselamatan yang dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini
adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang
direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
Garis panduan pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran
yang disebut sebagai Kadar Penyerapan Khusus (SAR). Ujian bagi SAR dijalankan
menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon memancarkan pada aras
kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG,
semuanya direka bentuk untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan
Pengion Antarabangsa (International Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection) (ICNIRP) ialah 2 W/kg dipuratakan ke atas 10g tisu.
Nilai tertinggi SAR untuk model telefon ini yang diuji oleh DASY4 untuk kegunaan
pada telinga ialah 0.426 W/kg (10g) dan apabila dipakai pada badan ialah 0.398 W/
Kg (10g).
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama
ada dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan
pada jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip
tali pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien