Owner's Manual

7
Jangan cas telefon bimbit berhampiran bahan yang mudah terbakar kerana telefon
bimbit akan menjadi panas dan boleh menyebabkan bahaya kebakaran.
Gunakan kain yang kering untuk membersihkan bahagian luar unit ini (jangan
gunakan pelarut seperti benzena, pencair atau alkohol).
Jangan cas telefon di atas perabot yang lembut.
Telefon hendaklah dicas di kawasan berpengudaraan baik.
Jangan dedahkan unit ini kepada asap atau habuk yang berlebihan.
Jangan simpan telefon di sebelah kad kredit atau tiket pengangkutan; ia boleh
menjejaskan maklumat pada jalur magnetik.
Jangan ketik skrin dengan objek yang tajam kerana ia boleh merosakkan telefon.
Jangan dedahkan telefon kepada cecair atau kelembapan.
Guna aksesori seperti fon telinga dengan berhati-hati. Jangan sentuh antena jika
tidak diperlukan.
Jangan gunakan, sentuh atau cuba untuk mengeluarkan atau membaiki kaca yang
pecah, sumbing atau retak. Kerosakan pada paparan kaca kerana ia disia-siakan dan
disalahgunakan adalah tidak diliputi oleh waranti ini.
Telefon anda adalah peranti elektronik yang menjana haba pada penggunaan biasa.
Sentuhan langsung dengan kulit dalam tempoh yang berpanjangan dalam keadaan
pengudaraan tidak mencukupi mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan atau
melecur sedikit. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga apabila mengendalikan telefon
anda atau betul-betul selepas menggunakannya.
Jika telefon anda basah, tanggalkan plag dengan serta merta untuk mengeringkan ia
sepenuhnya. Jangan cuba untuk mempercepatkan proses mengering dengan sumber
pemanasan luaran, seperti ketuhar, ketuhar gelombang mikro atau pengering rambut.
Cecair dalam telefon basah anda mengubah warna label produk dalam telefon anda.
Kerosakan pada peranti anda akibat pendedahan kepada cecair tidak diliputi oleh
waranti anda.