Owner's Manual

8
Operasi telefon berkesan
Peranti elektronik
Semua telefon mudah alih mungkin mendapat gangguan, yang boleh menjejaskan
prestasi.
Jangan gunakan telefon mudah alih anda berhampiran kelengkapan perubatan tanpa
meminta kebenaran. Elakkan meletak telefon di atas perentak jantung, contohnya, di
dalam poket dada anda.
Sesetengah alat bantu pendengaran mungkin diganggu oleh telefon mudah alih.
Sedikit gangguan mungkin boleh menjejaskan TV, radio, PC, dsb.
Guna telefon anda dalam suhu di antara 0ºC dan 40ºC, jika boleh. Mendedahkan
telefon anda kepada suhu yang terlampau rendah atau tinggi akan mengakibatkan
kerosakan, malfungsi atau letupan.
Keselamatan jalan
Semak undang-undang dan peraturan mengenai penggunaan telefon mudah alih di
kawasan tempat anda memandu.
Jangan gunakan telefon pegang tangan semasa memandu.
Beri perhatian penuh kepada pemanduan anda.
Pergi ke tepi jalan dan letak kereta sebelum membuat atau menjawab panggilan jika
keadaan pemanduan memerlukan anda berbuat demikian.
Tenaga RF mungkin menjejaskan sesetengah sistem elektronik di dalam kenderaan
anda seperti stereo kereta dan kelengkapan keselamatan.
Apabila kenderaan anda dilengkapi beg udara, jangan halangnya dengan kelengkapan
wayarles yang dipasang atau yang mudah alih. Ia mungkin tidak berfungsi atau
menyebabkan kecederaan serius disebabkan prestasi yang tidak betul.
Jika anda mendengar muzik ketika bergerak dan berjalan, sila pastikan bahawa
volum berada pada paras yang berpatutan agar anda sedar akan keadaan di
sekeliling anda. Ini khususnya amat penting jika anda berdekatan jalan raya.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien