Owner's Manual

13
Notis penting
Sila semak sama ada sebarang masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan
dalam bahagian ini, sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau
memanggil wakil servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10%, telefon
anda tidak akan dapat menerima mesej yang baru. Anda perlu memeriksa memori
telefon anda dan memadamkan sebahagian data seperti aplikasi atau mesej, untuk
menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1 Sentuh > tab Apl > Tetapan > Apl pada PERANTI.
2 Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda
nyahpasang.
3 Sentuh Buang pemasangan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri antara cas dengan mematikan ciri yang tidak
perlu dijalankan di latar belakang. Anda juga boleh memantau bagaimana aplikasi dan
sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
Matikan komunikasi radio yang tidak anda gunakan. Jika anda tidak menggunakan
Wi-Fi, Bluetooth atau GPS, matikan ia.
Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.
Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan
telefon anda!