Owner's Manual

15
AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi
daripada sumber yang boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat
aplikasi yang tidak dipasang dengan betul pada telefon anda, telefon anda
mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya atau ralat yang serius
mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi tersebut
dan semua data dan tetapannya daripada telefon.
4. Menggunakan buka kunci corak
Tetapkan buka kunci corak untuk menjamin keselamatan telefon anda. Sentuh >
tab Apl > Tetapan > Skrin kunci daripada PERANTI > Pilih skrin kunci > Corak. Ini
akan membuka skrin yang akan memandu anda melalui cara melukis buka kunci corak
skrin. Anda hendaklah mencipta PIN Sandaran sebagai langkah keselamatan jika anda
terlupa buka kunci corak.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan buka kunci corak
dan ingat PIN Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak anda.
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda tidak
akan dapat mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak yang salah
sebanyak 5 kali. Anda mempunyai 5 peluang untuk memasukkan corak buka
kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda telah menggunakan kesemua 5
peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.
Apabila anda tidak ingat Corak buka kunci, PIN, atau Kata Laluan anda:
< Jika anda terlupa corak anda >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan
corak yang betul sebanyak 5 kali, tekan butang Terlupa corak? di bahagian bawah