Owner's Manual

16
skrin. Selepas itu anda diminta untuk log masuk dengan Akaun Google anda, atau anda
perlu memasukkan PIN Sandaran yang telah anda masukkan semasa membuat Kunci
Corak anda.
Jika anda belum membuat akaun Google pada telefon atau anda terlupa PIN Sandaran,
anda perlu melakukan set semula keras.
< Jika anda telah terlupa PIN atau Kata Laluan anda >
Jika anda terlupa PIN atau Kata Laluan anda, anda perlu melakukan set semula keras.
Amaran: Jika anda melakukan set semula keras, semua aplikasi pengguna dan
data pengguna akan terpadam.
NOTA: Jika anda belum log masuk ke Akaun Google anda dan terlupa Buka
Kunci Corak anda, anda perlu memasukkan PIN Sandaran anda.
5. Menggunakan set semula keras (Set semula kilang)
Jika telefon anda tidak pulih kepada keadaan asalnya, gunakan Tetapkan Semula Keras
(Tetapkan Semula Kilang) untuk memulakannya.
1 Matikan kuasa.
2 Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci + kekunci Turun Volum pada telefon.
3 Lepaskan Kekunci Kuasa/Kunci hanya apabila logo LG dipaparkan, kemudian
segera tekan dan tahan Kekunci Kuasa/Kunci sekali lagi.
4 Lepaskan semua kekunci apabila skrin Tetapkan semula kilang dipaparkan.
5 Tekan Kekunci Volum untuk menatal ke pilihan yang dikehendaki, kemudian tekan
Kekunci Kuasa/Kunci untuk mengesahkan.
AMARAN
Jika anda melakukan Set Semula Keras, semua aplikasi pengguna, data
pengguna dan lesen DRM akan terpadam. Jangan lupa untuk menyandarkan
sebarang data penting sebelum melakukan Set Semula Keras.
Notis penting