Owner's Manual

17
Menetapkan semula data kilang - Memadamkan semua data pada telefon, kecuali
yang berikut. Sekiranya berlaku kegagalan atau kesilapan, peranti anda boleh
merekodkan dalam maklumat log ralat mengenai status peranti semasa kesilapan
berlaku. Maklumat yang direkodkan dalam log ralat mungkin disertakan dengan data
tentang nama dan penggunaan aplikasi, nombor dan lokasi telefon bimbit, status GPS,
penggunaan memori dan maklumat status peranti bukan peribadi yang lain. Maklumat
ini disimpan pada telefon anda, dan hanya boleh dicapai oleh LG jika telefon tersebut
di kembalikan kepada LG untuk diperbaiki dan diservis. Maklumat log ralat digunakan
oleh LG hanya untuk mendiagnosis, membaik pulih dan meningkatkan perkhidmatan
serta produk LG.
6. Membuka dan beralih aplikasi
Melakukan berbilang tugas menjadi mudah dengan Android, anda boleh menjalankan
lebih daripada satu aplikasi pada masa yang sama. Tidak perlu keluar daripada suatu
aplikasi sebelum membuka yang satu lagi. Gunakan dan beralih antara beberapa
aplikasi terbuka.
Android menguruskan setiap aplikasi, menghentikan dan memulakannya jika perlu
untuk memastikan bahawa aplikasi melahu tidak perlu menggunakan sumber.
1 Tekan dan tahan Kekunci Utama . Senarai aplikasi yang baru digunakan akan
dipaparkan.
2 Ketik aplikasi yang anda hendak akses. Ini tidak menghentikan aplikasi sebelumnya
yang berjalan di latar belakang pada telefon. Pastikan anda mengetik Kekunci
Kembali untuk keluar daripada aplikasi selepas menggunakannya.
• Untuk menghentikan aplikasi, ketik Pengurus Tugasan daripada senarai aplikasi
yang baru digunakan, kemudian ketik Henti atau Hentikan semua.
• Untuk mengeluarkan aplikasi daripada senarai aplikasi yang baru digunakan, leret
pratonton aplikasi ke kiri atau kanan. Untuk mengosongkan semua aplikasi, ketik
Kosongkan semua.