Owner's Manual

22
Mengecas telefon
Penyambung pengecas terletak di bahagian bawah telefon. Masukkan hujung kabel pengecas
ke dalam telefon dan pasangkan plag hujung yang satu lagi ke dalam sesalur elektrik.
NOTA: Bateri hendaklah dicas sepenuhnya pada awalnya untuk
meningkatkan jangka hayat bateri.
Mengunci dan menyahkunci skrin
Jika anda tidak menggunakan telefon untuk seketika, skrin akan terpadam dan terkunci
secara automatik. Ini membantu menghalang daripada kekunci ditekan tanpa sengaja
dan menjimatkan kuasa bateri.
Apabila anda tidak menggunakan telefon anda, tekan kekunci Kuasa/Kunci untuk
mengunci telefon anda.
Jika mana-mana program sedang berjalan semasa anda mengunci skrin anda, ia
mungkin masih terus berjalan dalam mod Kunci. Anda disyorkan agar keluar daripada
semua program sebelum memasuki mod Kunci untuk mengelakkan bayaran yang tak
perlu (seperti panggilan telefon, akses web dan komunikasi data).
Untuk membangunkan telefon anda, tekan kekunci Kuasa/Kunci . Skrin kunci akan
muncul. Sentuh dan luncurkan Skrin kunci ke mana-mana arah untuk membuka kunci
Skrin utama anda. Skrin terakhir yang anda lihat akan terbuka.
Mengenali telefon anda