Owner's Manual

23
Skrin Utama anda
Petua skrin sentuh
Di sini terdapat beberapa petua mengenai cara menavigasi telefon anda.
Ketik atau sentuh – Satu ketikan jari memilih item, pautan, pintasan dan huruf pada
papan kekunci pada skrin.
Sentuh dan tahan – Sentuh dan tahan item pada skrin dengan menyentuhnya
dan tidak mengangkat jari anda sehingga tindakan berlaku. Sebagai contoh, untuk
membuka pilihan tersedia bagi seseorang kenalan, sentuh dan tahan kenalan dalam
senarai Kenalan sehingga menu konteks terbuka.
Seret – Sentuh dan tahan item buat seketika, lalu, tanpa mengangkat jari anda,
gerakkan jari anda pada skrin sehingga anda mencapai kedudukan yang disasarkan.
Anda boleh menyeret item pada skrin Utama untuk menukar kedudukannya.
Sapu atau luncurkan – Untuk sapu atau luncurkan, dengan pantas gerakkan jari anda
merentasi permukaan skrin, tanpa berhenti semasa anda mula-mula menyentuhnya
(supaya anda tidak menyeretnya pula). Contohnya, anda boleh meluncur skrin ke atas
atau bawah untuk menatal melalui senarai, atau menyemak imbas melalui skrin Utama
berbeza dengan menyapu dari kiri ke kanan (dan sebaliknya).
Dwiketik – Ketik dua kali untuk mengezum pada halaman web atau peta. Sebagai
contoh, dengan pantas ketik dua kali sebahagian halaman web untuk melaraskan
bahagian itu agar menepati kelebaran skrin. Anda juga boleh mengetik dua kali untuk
zum masuk dan keluar semasa mengambil gambar (menggunakan Kamera), dan
semasa menggunakan Peta.
Cubit untuk Zum – Gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam gerakan mencubit
atau mengembang untuk zum masuk atau keluar semasa menyemak imbas Peta atau
gambar.
Putar skrin – Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan
mengikut orientasi fizikal peranti.