Owner's Manual

24
NOTA:
Untuk memilih item, sentuh bahagian tengah ikon.
Jangan tekan terlalu kuat, skrin sentuh cukup sensitif untuk mengesan
sentuhan yang ringan, namun teguh.
Gunakan hujung jari anda untuk menyentuh pilihan yang anda kehendaki.
Berhati-hati supaya tidak tersentuh kekunci lain.
Skrin Utama
Skrin utama ialah titik permulaan untuk banyak aplikasi dan fungsi serta membenarkan
anda menambah item seperti pintasan aplikasi atau widget Google untuk memberikan
anda akses segera kepada maklumat dan aplikasi. Ini ialah kanvas lalai dan boleh
diakses daripada sebarang menu dengan mengetik .
Bar status
Menunjukkan maklumat status telefon termasuk masa,
kekuatan isyarat, status bateri dan ikon pemberitahuan.
Widget
Widget ialah aplikasi kendiri yang boleh diakses
melalui skrin Aplikasi atau pada skrin Utama atau skrin
utama yang dilanjutkan. Tidak seperti pintasan, Widget
dipaparkan sebagai aplikasi pada skrin.
Ikon Aplikasi
Ketik ikon (aplikasi, folder, dll.) untuk membuka dan
menggunakannya.
Penunjuk Lokasi
Menunjukkan kanvas skrin Utama yang anda lihat.
Kawasan Kekunci Pantas
Menyediakan akses satu sentuhan pada fungsi dalam
mana-mana kanvas skrin utama.
Skrin Utama anda