Owner's Manual

26
Untuk menyesuaikan ikon aplikasi pada skrin Utama
1 Sentuh dan tahan ikon aplikasi sehingga ikon dibuka kunci dari kedudukan sema-
sanya. Kemudian lepaskannya pada skrin.
Ikon pengeditan akan muncul di sudut kanan atas aplikasi.
2 Ketik semula ikon aplikasi dan pilih reka bentuk dan saiz ikon yang diinginkan.
3 Ketik OK untuk menyimpan perubahan.
Kembali ke aplikasi yang digunakan baru-baru ini
1 Sentuh dan tahan kekunci Utama. Skrin akan menunjukkan pop timbul dengan
ikon aplikasi yang anda gunakan baru-baru ini.
2 Sentuh ikon untuk membuka aplikasinya. Atau sentuh kekunci Undur untuk
kembali kepada skrin sebelumnya.
Pemberitahuan
Pemberitahuan memberitahu anda tentang ketibaan mesej baru, acara kalendar, dan
penggera, di samping peristiwa yang sedang berlaku, seperti apabila anda sedang
berada dalam panggilan.
Daripada panel pemberitahuan, anda boleh melihat status semasa telefon anda dan
pemberitahuan yang belum dibuka.
Apabila pemberitahuan tiba, ikonnya akan muncul pada bahagian atas skrin. Ikon bagi
pemberitahuan yang belum dibuka akan muncul di sebelah kiri, dan ikon sistem akan
menunjukkan perkara seperti Wi-Fi atau kekuatan bateri di sebelah kanan.
NOTA: Pilihan yang tersedia mungkin berbeza bergantung kepada kawasan
atau pembekal perkhidmatan.
Skrin Utama anda