Owner's Manual

33
Bluetooth
Anda boleh menggunakan Bluetooth untuk menghantar data dengan menjalankan
aplikasi yang sepadan, bukan daripada menu Bluetooth seperti mana kebanyakan
telefon mudah alih yang lain.
NOTA:
LG tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, pintasan, atau
penyalahgunaan data yang dihantar atau diterima melalui ciri wayarles
Bluetooth.
Sentiasa pastikan bahawa anda berkongsi dan menerima data dengan
peranti yang dipercayai dan dilindungi dengan sempurna. Jika terdapat
halangan antara peranti, jarak operasi boleh dikurangkan.
Beberapa peranti, terutamanya yang tidak diuji atau diluluskan oleh
Bluetooth SIG, mungkin tidak serasi dengan peranti anda.
Menghidupkan Bluetooth dan memperpasangkan telefon anda dengan peranti
Bluetooth
Anda hendaklah memasangkan peranti anda dengan peranti lain sebelum anda
menyambung padanya.
1 Sentuh > tab Apl > Tetapan > tetapkan Bluetooth kepada ON daripada tab
WAYARLES & RANGKAIAN.
2 Ketik menu Bluetooth sekali lagi. Anda akan melihat pilihan untuk membuatkan
telefon anda kelihatan dan pilihan untuk mencari peranti. Sekarang ketik Mencari
peranti untuk melihat peranti dalam lingkungan Bluetooth.
3 Pilih peranti yang hendak anda perpasang daripada senarai.
Setelah perpasangan berjaya, peranti anda akan menyambung kepada peranti.
NOTA: Sesetengah peranti, terutamanya alat dengar atau kit kereta bebas
tangan, mungkin mempunyai PIN Bluetooth yang ditetapkan, seperti 0000.
Jika peranti yang satu lagi mempunyai PIN, anda akan diminta untuk
memasukkannya.